Cemerlang Di Dunia Sejahtera Di Akhirat

gabungan pemikiran dan info alumni dan pelajar SMKA Pedas

Jagalah kesihatan

Posted by Akmal Hakim di Disember 7, 2008

Tragedi seorang calon SPM 2008 yang meninggal dunia baru-baru ini amat menyayat hati. Belum sempat menerima keputusan, ajal telah memanggil beliau.

Tuberculosis disease atau TB adalah satu penyakit yang boleh diubati. Barangkali mungkin adik Hanina telah menghidap penyakit ini sejak awal. Bagi pelajar yang sebilik dengan adik Hanina, kebarangkalian untuk anda dijangkiti mungkin ada. Jadi setakat ini, jagalah kesihatan.

Salam takziah buat keluarga Hanina.

Posted in Uncategorized | 1 Comment »

Alfatihah kepada arwah Hanina Hanif

Posted by Khairul Anwar di Disember 6, 2008

Alfatihah…
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah
marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah dan Yassin kepada Arwah Hanina Hanif.
Pelajar Sek Men Keb Agama Pedas, yang baru sahaja selesai menduduki SPM yang lepas.
Beliau meninggal kerana penyakit TB yang kronik.
Semoga roh arwah akan dicucuri rahmat oleh yang maha esa dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Amin….

Posted in Berita Alumni | 2 Comments »

Rakan Budaya Belajar

Posted by Akmal Hakim di Oktober 23, 2008

“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah Luqman : 34)

Bahang Mentari yang melepaskan fragma kepanasan yang optimum menjadikan pantai Port Dickson serba tenang dan indah pada pukul 10.00 pagi. Dengan deruan ombak perlahan-lahan menimpa pantai ditemani angin bayu pagi yang sayup-sayup dirasai cukup menjadikan nikmat yang amat menakjubkan. Apatah lagi baru sahaja selesai belajar secara study group di rumah akh Luqman bersama Ibrahim. Esok adalah merupakan hari terakhir menjawab peperiksaan akhir semester, iaitu introduction to economics bagaikan tidak terasa kehadirannya atas kerana terpukau dengan panorama di tepian pantai sambil makan nasi kerabu sebagai breakfast. Belajar cepat secara komprehensif menjadikan satu keutamaan kami dalam belajar.

“Eish!” saya terjerit. Bagaikan ada tarian jeli yang lembut menjalar di tangan saya. Khuatir andai ada makhluk beracun menyengat tangan ini sedangkan tangan ini amat diperlukan untuk menjawab peperiksaan esok. Akh Luqman meninjau.

“Wah! Obor-obor oi, cute ‘gila’!” katanya. Sekali lagi saya terpukau dengan jeli laut yang sangat kecil tetapi comel ini. Makhluk yang lutcahaya ini ditangkap dan dijadikan bahan kajian. Eh, bukan. Peliharaan buat sementara waktu. Ini semua idea si Luqman ya. Hehe.

Begitulah keadaannya kami di musim peperiksaan seolah-olah satu musim percutian. Bukan tidak ambil endah, tapi kami dapat jimat masa lebih. Buat apa kita nak ambil masa yang begitu lama untuk belajar sedangkan ada alternatif lain untuk STUDY SMART?

Baca baki entri ini »

Posted in motivasi | 1 Comment »

Muslimin mesti pertingkatkan amalan bagi pastikan kebahagiaan di akhirat

Posted by Khairul Anwar di Ogos 10, 2008

Muslimin mesti pertingkatkan amalan bagi pastikan kebahagiaan di akhirat

AYAT-ayat cinta menjadi fenomena novel di Nusantara selama dua tahun kebelakangan ini. Contoh, novel karya Habiburrahman al-Shirazy mengisahkan perilaku manusia yang tidak akan henti-henti membincangkan soal ‘cinta’. Yang menjadikan novel ini fenomena adalah kisahnya yang berlaku di Kaherah, Mesir bukan di Eropah atau Amerika. Di sana jugalah dua kisah cinta bersejarah dirakamkan tamadun dunia iaitu cinta Zulaikha terhadap Yusuf (yang kemudian menjadi Nabi Yusuf AS) dan percintaan Cleopatra.

Novel ini berkesudahan dengan ‘happy ending’ di mana Fahri menjadi graduan berkahwin dengan wanita cantik dan kaya serta mendapat kerja diidamkan setiap lelaki.

Cinta adalah kata keramat bagi seluruh manusia dan di dalamnya ada dua paradoks. Ada bahagia dan ada sengsara; ada tawa dan ada tangis; ada giat dan ada malas; serta ada syurga dan ada neraka.

 

Dalam ucapan pada majlis Israk Mikraj Universiti Islam Sultan Sharif Ali (Unissa), Brunei, Rabu lalu, Rektornya yang juga Pemangku Menteri Pendidikan Brunei, Pg Datuk Seri Setia Dr Mohammad Pg Abdul Rahman, menyentuh konsep cinta dalam kejadian mukjizat Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW dan menyeru warga universiti itu untuk menghayati dan mengamalkannya.

Beliau berkata, peristiwa ini sewajarnya membawa kita kepada mencintai tiga perkara sebagai faktor utama dalam Israk Mikraj. Ketiga-tiga perkara itu adalah cinta Rasulullah SAW sebagai pelaku Israk Mikraj; cintakan masjid sebagai tempat bermula dan tujuan Israk Mikraj; dan cintakan solat sebagai buah tangan Israk Mikraj.

Beberapa hari lagi, umat Islam akan menyambut malam pertengahan Syaaban, Nisfu Syaaban. Pada malam itu umat Islam yang berpendapat bahawa malam Nisfu Syaaban memiliki banyak fadilat akan melaksanakan beberapa amalan termasuk solat dua rakaat, membaca Surah Yasin dan lain-lain. Mereka berpendapat bahawa pada malam itu adalah lembaran baru bagi catatan amalnya untuk setahun ke depan di mana pada siang sebelumnya adalah lembaran penutup bagi catatan amalnya setahun ke belakang.

Berkenaan dengan amalan menghidupkan malam Nisfu Syaaban, kitab Lata’if al-Ma’arif fi ma Limawasim al-‘Ammin al-Wazaif karangan Ibn Rajab al-Hambali (w 795H) membincangkan dengan jelas permasalahan ini dalam muka surat 259-269 yang intinya ulama Hijaz membidaahkan amalan menghidupkan malam Nisfu Syaaban, manakala ulama Syam khasnya para Tabi’in mengagungkan malam Nisfu Syaaban.

Nampaknya, ulama Nusantara mengikuti jejak ulama Syam, utara Semenanjung Arab sekarang dengan tidak menyalahkan ulama Hijaz, Saudi sekarang. Bagi ulama Syam cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban adalah dengan memperbanyak ibadah dan doa, bagi ulama Nusantara cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan atur cara khas individu bahkan kenegaraan dengan solat, baca Surah Yasin dan doa. Di antara fadilat malam Nisfu Syaaban adalah pengampunan Allah ke atas umat manusia kecuali orang musyrik, orang yang bermusuhan, pembunuh diri dan pelaku zina.

Nisfu Syaaban adalah akhir laporan amal manusia pada tahun lalu dan permulaan laporan amal manusia pada tahun depan. Agar sesebuah laporan elok dan baik mestilah ia dimulakan dan diakhiri dengan sesuatu yang baik. Satu daripada yang baik untuk menutup dan membuka laporan tahunan kita adalah meluahkan cinta kepada Allah, Pencipta dan Pemberi rezeki kita. Dia yang mewujudkan kita daripada tidak ada menjadi ada. Dia yang menghidupkan kita dan kemudian Dia akan mencabut nyawa kita. Ketika nyawa bersama kita mesti berpada-pada memanfaatkannya kerana ketika dia tidak ada lagi bersama badan kita, segala sesuatu sudah tamat. Ketika nyawa bersama kita masih boleh memilih untuk berbuat baik atau buruk tapi ketika ia tidak bersatu lagi dengan jasad, maka yang tinggal adalah hasil daripada yang baik atau yang buruk yakni syurga atau neraka.

Dengan cinta Allah pada akhir dan permulaan laporan seorang hamba sudah memiliki tanda dia akan selamat hidup di dunia dan akhirat. Cinta kepada Allah akan direalisasikan dengan keimanan sempurna tidak berbelah bahagi kepada-Nya; melaksana semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya. Cinta kepada Allah tidak cukup hanya dengan luahan kata-kata tapi ia mesti dibuktikan dengan perbuatan.

Apatah ertinya mengucapkan uhibbullah, aku cinta Allah tapi dia membelakangkan ajaran-Nya? Apakah ertinya mengucapkan uhibbullah, aku cinta Allah tapi dia melakukan larangannya. Jika ini berlaku, maka ia akan menjadi kisah cinta yang bertepuk sebelah tangan.

Menjelang kedatangan Nisfu Syaaban, kita sepatutnya mempersiapkan diri untuk menyambutnya. Persiapan ini juga sebagai persiapan awal kedatangan tamu agung berikutnya iaitu bulan suci Ramadan. Persiapan ini tidak akan bermakna jika tidak ada cinta terhadapnya dalam hati kerana cinta adalah penggerak utama roda kehidupan manusia dalam bermasyarakat.

Setiap manusia melihat dunia ini sesuai dengan perbuatan, fikiran dan dorongan hidupnya. Apabila amal perbuatannya baik, fikirannya bersih dan motivasi hidupnya suci, maka dia akan melihat dunia ini bersih dan indah sebagaimana dunia itu diciptakan. Jika terjadi sebaliknya, dunia akan terlihat gelap-gelita dan dia melihat segala sesuatu terasa hitam pekat. Dan akhirnya, terbentuklah dua sisi jiwa, pada satu sisi ada jiwa yang dapat membuat sesuatu terasa sengsara, di sisi yang lain pula ada jiwa yang mampu menciptakan sesuatu menjadi bahagia.

Bagaimana manusia melihat dunia? Orang yang bahagia melihat dunia dengan cinta Allah dan orang yang sengsara melihat dunia tidak dengan cinta Allah. Orang yang pertama disebut adalah orang beriman dan orang yang kedua disebut adalah orang tidak beriman.

Allah berfirman maksudnya: “(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), dan mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.” (Surah al-Baqarah: 165)

Al-Quran al-Karim memberi satu jawapan mengenai cara bagaimana kita mencintai Allah. Dalam ayat 31 Surah Ali ‘Imran ada disebut maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mencintai Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Mengapa kita mesti mengikuti Baginda Rasulullah SAW sebagai bukti cinta kepada Allah SWT? Ini kerana sejarah sudah membuktikan bahawa sahabat Baginda menemui kenikmatan hidup ketika bersama Baginda. Mereka berasakan hangatnya kasih sayang dan ketulusan hati selama berdekatan dengan Baginda. Mereka berasakan ketenteraman ketika berada di bawah payung ajaran Baginda. Mereka memperoleh keselamatan dengan mematuhi perintah Baginda. Dan mereka mendapat kekayaan batin dengan meneladani sunnahnya. Di antara sunnahnya ini adalah sambutan malam Nisfu Syaaban dengan menzahirkan cinta kepada Allah Subhanahu wata’ala pada pandangan sesetengah pihak umat Islam. Wallahu a’lam.

Posted in motivasi, Tazkirah | Leave a Comment »

Sudahkah anda menentukan laluan hidup anda?

Posted by kfadhli di Julai 12, 2008

Hidup di atas dunia ini sememangnya agak singkat jika hendak dibandingkan kehidupan di akhirat kelak. Jika kita tidak merancang ke manakah hala tujuan hidup ini dan apa yang ingin dicapai, kita tidak akan sampai ke destinasi yang ditujui dan mungkin sesat.

Setiap hari kita membuat pilihan dan pilihan itu dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besarnya akan menentukan kedudukan dan pencapaian kita pada masa akan datang. Setiap perubahan kecil yang kita lakukan akan membawa kepada perubahan, pencapaian mahupun kegagalan yang besar untuk tempoh masa panjang.

Kita juga perlu sedar, kita mempunyai masa yang terhad. Oleh itu, fokuslah untuk mencapai apa yang kita impikan. Jika tidak, kita akan menyesal ketika tua nanti. Ketika itu, semuanya telah menjadi kenangan dan penyesalan tidak membawa apa-apa makna lagi.

Tetapkanlah apa yang ingin dicapai dan mulakanlah usaha walaupun kecil daripada hari ini. Sebagai contoh, jika anda ingin memastikan kewangan diri anda kelak terurus dengan baik, tidak terbeban dengan hutang kad kredit, rumah, kereta, mampu menubuhkan dana untuk pembangunan umat islam dan mampu memberikan wang kepada ibu bapa setiap bulan, anda mungkin boleh mulakan dengan membaca buku pengurusan kewangan peribadi setengah jam setiap hari atau pun sebuah setiap bulan.

Setiap langkah kecil akan membawa perubahan yang ketara berbanding kita hanya berdiam diri. Bertindaklah hari ini okey 🙂

P/S : Saya akan berhenti menulis seketika selagi tidak mendapat maklum balas dari pembaca. Saya tidak mahu terlampau “syok sendiri”. Malah, implikasinya juga akan melibatkan post yang baik seperti di bawah ini (oleh senikehidupan) mungkin akan tertolak sehingga ke muka seterusnya blog ini. Jadi, rugilah…

Posted in motivasi | 1 Comment »

Come on Pedas! Let’s attach to Al-Quran

Posted by Akmal Hakim di Julai 11, 2008

I still remember Ustaz Muaz quotation before my admission to IIUM. His advices ‘arousing’ me towards thinking for the sake of Islam. Yeah, I mean our effort, the belief system and how we generate it. For this entry, I’m going to convince those who are willing to ‘synchronize’ our  Sacred Scripture–quranic–generated ummah

 

Living in a ‘teenage world’ for this latter-day circumstance is not easy to endure the Islamic attitude as well as the licentious people and the spreading of dubious media influencing our mind toward corruption and the conclusion infected with wahan – desiring the world, afraid of death. But still, this won’t work for those who has a profound attachment in ‘The Last Testament’, it works such a negative-repellent!

 

Sometimes, I feel really confuse with so many people, I similarize them a robotic-programmed that always dangled with the ‘money maker’ – boss – their life are only for monetary purposes. Is it true of this statement, ‘No Money No Talk?’. This belief system will rather turn their life topsy-turvy, not even thinking their responsibilities to worship The Almighty, who provides them sustenance to maintain life. They may considered as perverted transgressor, in other word, fasiq. Remember, we were owing gratitude and we are unable to pay them!

 

Highlighting for this entry’s issue,

 

Quranic generated ummah, how can they perform the world’s need as they were trained by Al-Quran? Shouldn’t they have to advise the children, help the converts, start a reminding conversation and so on? For me, I denifitely disagreed! This is because, those who have strong bond with Quran, rythmitic hypnotize,  verse by verse, they really owed to be the leader! As a proof,

 

And (remember) when your Lord said to the angels “Verily, I am going to place (mankind) generations on earth”. They said: “Will you place therein those who will make mischief therein and shed blood? – while we glorify You with praises and thanks (Exalted be You above all that they associate with You as partners) and sanctify You” He (Allah) said “I know that which you did not know” (Surah Al-Baqarah : 30)

 

So, for those who is engaging the call of Fard’ Kifayah are better in grabbing the leading position rather then let the fasiq. They were trained to be disclipine, behave, enthusiastic with knowledge, and so on as stated from the Quran. This also works for student, as they are still studying for future purpose. They’ll know that, every seconds of their time are responsibilities to be forward than other, in addition, being the best! So I would say that it is wrong who said they were unable to pursue the world’s demand in the same time they learn Quran, practicing Islam. There are no such thing Liberal Islam! Because they were still considered infecting wahan through themselves, in other words, they are separating the world and religion. It doesn’t make sense! =S

 

Last and for all, for my advice to my lil friends, don’t further your steps if you are not bringing the ‘Word Of Wisdom’ along with your journey. By having Quran throughout life we will always dominate the world. Look at the world economy, for instance, most restaurant are pursuing to be nominated a ‘Halal Territory’ as they are able to dangle and convince most people including non-muslim. Why? Because Islamic cuisine always provide the best quality, clean and fresh! So, why are we waiting for? Colour up the earth with Quran! J

 

O’ Almighty One, please provide me guidance. I can’t handle my journey without the BLESS from you. Forgive me for every mistakes I’ve done. Enlight my heart with your Holy Scripture. Amen.

Posted in motivasi | 2 Comments »

Penting sangat ke mempunyai impian?

Posted by kfadhli di Julai 6, 2008

Mungkin tidak ramai di antara kita tidak mempunyai impian @ matlamat yang jelas tentang apa yang ingin kita capai dalam sesuatu perkara. Kita mungkin mengandaikan bahawa kita masih boleh berjaya walaupun tidak meletakkan sebarang matlamat dan impian. Adakah ia benar.

Mari kita renungkan satu contoh yang biasa kita dengar. Jika kita ingin membina sebuah rumah, perlukah kita merancang dan menterjemahkan perancangan kita dalam bentuk yang boleh dilihat? Sudah tentulah bukan?

Jika kita tidak merancang dan terus menyusun sahaja batu dan bata yang ada ditangan, akhirnya mungkin kita dapat membina sebuah rumah tetapi rupa bentuknya sudah tentulah seperti sebuah stor atau pun bangsal sahaja. Malah, pasti rupanya sangat teruk sekali 🙂

Oleh itu, apa salahnya kita membina impian, menuliskannya, melihatnya setiap hari dan berusaha secara berterusan untuk mencapainya…

P/S: Pernahkah anda mendengar mengenai minda bawah sedar? Adakah anda mempercayainya? Mengapa?

Posted in motivasi | Leave a Comment »

Jika anda orang yang gagal, baca post ini :)

Posted by kfadhli di Julai 6, 2008

Adakah anda sering menempuh kegagalan? Ini termasuklah kegagalan di dalam akademik, perhubungan mahu pun apa jua bidang yang anda ceburi.

Adakah anda berfikir untuk berputus asa setelah gagal beberapa kali? Jika itu yang anda fikirkan, anda silap. Setiap kegagalan yang kita tempuhi akan menghampirkan kita kepada kejayaan. Orang yang gagal (termasuk yang selalu gagal) tidak bermakna mereka tidak hebat.

Lihat sahaja pencipta mentol. Orang lain mungkin berfikir dia sangat malang kerana telah gagal beribu kali dalam cubaannya mencipta mentol tersebut. Orang lain sebenarnya jauh lagi teruk daripadanya walaupun mereka tidak pernah gagal berbanding Edison. Ya lah. Bagaimana mereka hendak gagal sedangkan mereka tidak pernah mencuba langsung.

Jika kita terus menghadapi kegagalan, kita perlulah belajar dari setiap kegagalan dan mengubah strategi dalam merealisasikan impian kita. Janganlah sesekali berputus asa jika menghadapi kegagalan kerana semua orang yang hebat-hebat di atas muka bumi ini pernah menghadapi kegagalan yang bukan kecil.

Setiap orang mempunyai kehebatan dan keunikannya yang tersendiri. Kita perlulah menggunakannya dengan sebaik mungkin sebagai tanda bersyukur.

P/S: Saya juga ramai mengkategorikan sebagai seorang yang gagal. Mana tidaknya, ketika SPM, keputusan yang saya perolehi amat teruk sekali. Sebagai contoh, saya mendapat 7D bagi subjek kimia. Namun itu tidak bermakna saya tidak boleh berjaya ketika di universiti, dan kerjaya kelak. Sejarah telah membuktikan sebahagian daripadanya. Sebahagian lagi akan menyusul 🙂

Posted in motivasi | Leave a Comment »

Adakah kita tidak mampu untuk menjadi sehebat mereka?

Posted by kfadhli di Julai 4, 2008

Siapakah insan-insan yang kita rasakan hebat pada hari ini? Sebagai contoh, adakah anda kagum dengan kemampuan orang yang terkaya di Malaysia atau mungkin orang yang paling berilmu mahupun yang paling berkarisma? Cuba fikirkan sejenak. Sudah tergambar raut wajah mereka di fikiran anda sekarang?

Jika kita merasakan mereka hebat, sudah tentulah kita mengimpikan untuk menjadi seperti mereka. Tapi seringkali kita tidak yakin untuk mencapainya dan terus mematikan hasrat tersebut. Namun kita juga harus sedar, tiada apa kurangnya dengan diri kita ini. Otak yang dimiliki oleh mereka tetap mempunyai berat dan saiz yang sama seperti manusia normal yang lain termsuklah kita.

Makanan yang dimakan oleh mereka juga bukanlah makanan ekslusif yang hanya boleh diperoleh oleh mereka sahaja. Pendidikan yang mereka terima juga bukanlah mustahil utk kita miliki jua. Kehidupan mereka juga tidaklah sesenang kita sekarang dengan segala kemudahan yang telah tersedia.

Jadi, apakah lagi alasan yang ingin kita berikan? Jika masih ada, kita boleh terus bermimpi dan kecewa.

Posted in motivasi | Leave a Comment »

keusahawanan kerjaya pilihan ?

Posted by kfadhli di Julai 4, 2008

Kita mungkin sering mendengar ungkapan ini atau pun membacanya di dada-dada akhbar. Adakah anda bersetuju dengan ungkapan tersebut? Berapa ramaikah diantara kita yang sanggup menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya mereka? apatah lagi untuk menjadikannya sebagai kerjaya pertama dan terakhir selepas menamatkan pengajian?

Jawapannya? Sudah pastilah hampir tiada. Itulah realitinya. Untuk menjadi seorang usahawan bukanlah satu pilihan popular di kalangan kita. Ini sudah tentulah disebabkan oleh kerjaya ini sememangnya sangat mencabar dan penuh dengan ranjau. Selain itu, kita juga dimomokkan dengan pelbagai perkara yang negatif dengan kerjaya tersebut. Antaranya adalah :

  1. Dunia perniagaan ini penuh dengan rasuah.
  2. Perlu ada “orang dalam” baru boleh berjaya.
  3. Bila dah berjaya dan banyak duit mulalah perangai tidak menentu. Hanya ingat kemewahan dunia sahaja. Akhirat dilupakan.
  4. Lelaki bila dah berjaya dalam bisnes mulalah mencari isteri kedua, ketiga dan keempat.
  5. Orang berniaga ni tahu mengambil kesempatan dan keuntungan terhadap orang lain sahaja.
  6. Bukan semua orang boleh berjaya dalam bisnes ni.
  7. Dah ramai dah orang yang aku kenal bila buat bisnes, sekejap sahaja bertahan. Kemudian, bankraplah. Anak, isteri terabai, rumah tergadai, hutang keliling pinggang, becerai-berai dan musuh di sana sini.

Itulah antara cebisan kecil persepsi negatif tentang kerjaya tersebut. Buat yang ingin menjadi usahawan, adakah anda masih berminat untuk meneruskan cita-cita tersebut dan menangkis semua pandangan negatif yang sebahagiannya telah disenaraikan di atas?

P/S: Seringkali kita ditanya tentang bidang pengajian yang kita ambil di universiti. Pada kebiasaannya, jika saya sekadar ingin memuaskan hati orang yang bertanya, saya menjawab: Bisnes. Dan reaksi yang diberikan kebanyakkannya adalah negatif. Tidak mengapa. Itu pilihan saya untuk hidup yang telah, sedang dan bakal saya lalui 🙂

Posted in perniagaan | Leave a Comment »